Monday 28 February 2011

Perasmian Perkhidmatan Radiologi dan Shuttle, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh

Bismillahir rahmanir rahim

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan hidayah dan izin-Nya, Majlis Perasmian Perkhidmatan Radiologi dan Shuttle, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, dapat diadakan pada hari ini. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana telah sudi menjemput saya untuk menyempurnakan majlis
perasmian ini.

 Peranan yang perlu digalas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bukanlah suatu tugas yang mudah dan boleh dipandang ringan oleh kita semua. Setiap penyampaian perkhidmatan adalah meliputi bidang perubatan dan kesihatan demi kesejahteraan masyarakat sejagat.

Oleh itu, dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan penyampaian kesihatan yang komprehensif kepada masyarakat khususnya  di Negeri   ini, pelbagai projek pembangunan yang melibatkan peralatan, kemudahan serta  frasarana dirangka dan dilaksanakan di Bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan Rancangan
Malaysia Ke-10.

PROJEK RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

 Sebanyak 229 projek telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dengan anggaran kos projek bernilai RM1,708,017,000.00  dengan kos siling projek sebanyak RM664,056,000.00.

Namun begitu, semasa kajian separuh penggal RMK9, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan sebanyak 161 projek sahaja dengan kos peruntukkan projek pembangunan sebanyak RM581,737,000.00. Manakala baki 68 projek ditangguhkan kepada Rancangan Malaysia Ke-10.

Yang Berhormat, Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan  yang dihormati sekalian,

Projek Pembangunan di bawah RMK9  merangkumi aspek         keperluan     kesihatan awam, kemudahan
 hospital, peralatan perubatan, keperluan latihan anggota dan kemudahan anggota seperti kuarters serta pejabat. Dalam usaha untuk melaksanakan projek pembangunan RMK9 bagi tempoh sehingga 17 Disember 2010, sebanyak 120 projek dikategorikan sebagai projek siap sepenuhnya.

Bagi projek dalam pelaksanaan, terdapat  12 Projek iaitu 2     projek daripadanya dikategorikan     sebagai projek lewat jadual;    10 projek   mengikut jadual dan
sebanyak 28 projek belum mula.

PROJEK TELAH SIAP

Antara projek-projek pembangunan di bawah RMK-9 yang telah siap dilaksanakan adalah seperti:
i.Klinik Kesihatan Jenis 2 di Taiping yang telah siap sepenuhnya dan telah beroperasi mulai 4 Februari 2008,
ii.Klinik Kesihatan Jenis 3 di Pantai Remis,
Manjung yang telah beroperasi pada 12/12/’08.        

Selain itu, bagi Projek Kementerian Kesihatan
Malaysia bernilai di bawah RM5 Juta Fasa I Melibatkan Pembinaan 17 Buah Klinik Desa antaranya ialah Klinik Desa 2G Batu 17, Jalan Pahang, Btg. Padang, Klinik Desa 2G Bukit Merah, Semanggol, Kerian, Klinik   Desa 2G     Rancangan      Tanah Belia Pondok Tanjong, LMS, Klinik Desa 2G Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan lain-lain juga telah siap dibina.

Antara lain-lain projek yang telah siap dilaksanakan
ialah Cadangan Merekabentuk, Membina, Menyiapkan Rumah Pangsa Kelas D (24unit), Kelas F(30 Unit), Dan Kelas G (48 Unit) di Hospital Slim River, Perak.

RANCANGAN MALAYSIA KE-10

Projek-projek  pembangunan   dan  menaiktaraf  perkhidmatan di Pejabat Kesihatan Daerah, Hospital-
 hospital, Klinik Kesihatan Daerah dan Klinik Desa di seluruh Negeri Perak diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan membelanjakan wang peruntukkan sebanyak RM 872,855,486.

Sebagai contoh, empat (4)  Projek Pembangunan dan Naiktaraf perkhidmatan  di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh  telah diluluskan   di Bawah RMK10. Antaranya ialah Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-kanak Serta Jabatan Kardiologi dengan kos projek berjumlah RM 300 juta.

Pembinaan bangunan ini akan memperuntukkan sebanyak 528 buah katil dan 4 buah Dewan Bedah bagi menampung keperluan pengunjung hospital khususnya rakyat di negeri ini.

Selain itu, Projek  Naiktaraf Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun juga akan dilaksanakan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan hospital ini. Sesuai dengan arus peredaran semasa dan pertambahan populasi  penduduk di Negeri Perak ianya secara tidak lansung  akan  memberi  impak kepada pertambahan bilangan kes-kes bedahsiasat. Oleh yang demikian, rancangan projek ini dapat menampung pertambahan tersebut dalam jangka masa panjang. Justeru itu, ianya dapat mempercepatkan urusan tugasan klinikal, melicinkan urusan pentadbiran, mahkamah, bedahsiasat serta lain-lain lagi.

Yang Berhormat, Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan  yang dihormati sekalian,

Hospital Raja Permaisuri Bainun merupakan hospital rujukan bagi Negeri Perak dan memberi perkhidmatan kepada 15 buah hospital yang lain.  Memandangkan keperluan perkhidmatan rawatan rapi yang semakin bertambah, ramai pesakit tidak mendapat perkhidmatan kerana jumlah katil yang terhad. Oleh itu, rancangan pembangunan di bawah RMK-10 turut menumpukan kepada perkhidmatan intensive High Dependency Unit.

Rancangan ini melibatkan komponen-komponen penting bagi mewujudkan sebuah wad yang dilengkapi dengan katil-katil berspesifikasi tinggi, peralatan moden dan mencukupi untuk rawatan kepada pesakit dan penyediaan kakitangan yang mencukupi dan terlatih.

Usaha ini perlu dijayakan memandangkan statistik yang diperolehi, kadar pesakit yang dirawat di High Dependency Unit lebih ramai berbanding pesakit  di Unit Rawatan Rapi ( ICU ).   Projek ini amat penting untuk menambahbaik kualiti rawatan pesakit di hospital ini. 

Di samping itu, rancangan menaiktaraf Unit Farmasi Hospital Raja Permaisuri Bainun turut disenaraikan di bawah RMK-10 iaitu dengan pembinaan Unit Aseptik Farmasi yang terdiri daripada Farmasi Onkologi dan Farmasi Nutrisi Parental.

Tujuan pengwujudan Farmasi Onkologi adalah sebagai tempat untuk menyediakan ubat-ubatan antikanser kepada pesakit kanser manakala Farmasi Nutrisi Parenteral pula adalah untuk penyediaan larutan nutrisi parenteral yang steril untuk bayi paramatang yang tidak dapat menyusu.

Tidak ketinggalan juga, pelbagai projek pembangunan di Bawah RMK-10 ini turut meliputi Pejabat Kesihatan Daerah , Lain-lain hospital, Klinik Kesihatan Daerah dan klinik Desa di Negeri Perak. Rancangan pembangunan dan  menaiktaraf  perkhidmatan adalah untuk meningkatkan imej, kualiti dan sisitem penyampaian perkhidmatan dalam bidang kesihatan. Ini membuktikan bahawa, pihak kerajaan amat prihatin terhadap keperluan kesihatan rakyat demi melahirkan sebuah masyarakat yang sihat.

Sesungguhnya kemudahan perubatan dan peralatan yang mencukupi adalah amat penting dan merupakan satu keperluan yang besar kepada mana-mana hospital bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada  pesakit.

PERKHIDMATAN VAN SHUTTLE

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mempunyai 1314 tempat letak kenderaan secara keseluruhannya. Secara purata,   keperluan parkir     kenderaan dalam  sehari di hospital ini adalah sebanyak 3882 lot yang meliputi pelanggan pesakit luar (1144 orang), pesakit klinik pakar (738 orang), pelawat (1,000 orang) dan kakitangan hospital (1000 orang). Oleh yang demikian kemudahan ini tidak   mencukupi   untuk  menampung
bilangan pelanggan hospital yang ramai.

Masalah             parking           ini       dijangkakan     akan    semakin meruncing dengan pembinaan Projek Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-kanak Serta Jabatan Kardiologi pada hujung tahun ini yang akan mengorbankan 242 lot parkir.

24.       Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, pihak hospital mengambil initiatif dengan memperkenalkan perkhidmatan van shuttle. Ini akan membolehkan semua tempat parkir yang disediakan di kawasan hospital digunakan secara optimum. Bagi merialisasikan hasrat ini, dua buah van telah dibeli untuk melaksanakan perkhidmatan ini dan lima perhentian shuttle telah dibina.

Perkhidmatan ini akan bermula di perhentian pertama iaitu di Parkir Asrama Jururawat, perhentian kedua di Kecemasan (drop  zone), perhentian ketiga di Bangunan Kompleks Rawatan Harian, perhentian keempat di Dewan Bersalin dan perhentian kelima di Parkir Materniti.

Perkhidmatan ini telah mula beroperasi pada 16 Februari 2011, pada setiap hari kecuali  Sabtu, Ahad & Cuti Umum. Perkhidmatan ini bermula dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang dengan kekerapan setiap 15 minit.

Justeru itu, semua pelanggan hospital serta kakitangan hospital digalakkan menggunakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini  adalah     untuk     mengurangkan     kesesakan     dan
memudahkan serta mempercepatkan  urusan pelanggan hospital khususnya dan rakyat amnya. 

Yang Berhormat, Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan  yang dihormati sekalian,

Sebagai mengakhiri ucapan ini,  ingin saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan pihak penganjur  kerana segala usaha murni yang diambil adalah untuk memastikan sistem  peyampaian perkhidmatan kepada masyarakat  lebih berkesan dan berkualiti di samping dapat memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini.

Ini  sejajar dengan kehendak kerajaan pusat bagi menambahbaik perkhidmatan penjagaan kesihatan supaya status atau tahap kesihatan penduduk diutamakan untuk melahirkan masyarakat yang cergas, cerdas dan sihat. Semoga segala usaha dan cita-cita kita diberkati Allah Subhanahu Wataala.

Dengan lafaz bismillah hirrahma nirrahim, saya merasmikan Perkhidmatan Radiologi dan Shuttle Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Sekian,Wabillahitaufik walhidayah
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Friday 18 February 2011

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

Bismillahir rahmanir rahim

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Salam sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Perak Amanjaya, Salam Satu Belia.
1.         Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya saudara-saudari dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli belia 4B dengan mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke 35 pada hari ini.
 
2.         Saya amat berbesar hati kerana negeri Perak telah terpilih menjadi tuan rumah bagi perhimpunan ini. Terima kasih yang tidak terhingga pada semua perwakilan khususnya jawatankuasa pelaksana yang telah memilih Lumut sebagai tempat perhimpunan pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara.

3.         Ia memberi peluang kepada saudara-saudari untuk melihat sendiri kemajuan yang telah dicapai oleh negeri Perak didalam pelbagai bidang. Sebenarnya tempat yang saudara-saudari duduki ini sendiri adalah salah satu tempat kebanggaan negeri Perak kerana ia merupakan salah satu pusat destinasi tumpuan pelancong di negeri ini.

Yang Berhormat, Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan  yang dihormati sekalian,

4.         Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk  mengucapkan tahniah kepada saudara Mua’amar Ghadafi Jamal yang merupakan anak jati Perak, di atas pelantikannya untuk menerajui kepimpinan 4B. Pemilihan beliau telah memenuhi Akta Pertubuhan Belia 2007 yang mewajibkan barisan pemimpin dan anggota semua persatuan belia berumur dibawah 40 tahun.

5.         Tanggungjawab menerajui sebuah pertubuhan belia yang terbesar di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh diambil ringan. Nasihat saya agar kita jangan mudah lupa akan jasa orang yang terdahulu, yang telah banyak membantu pergerakan belia 4B ini. Selalulah merujuk kepada mantan-mantan pemimpin 4B terdahulu di dalam apa jua hal bak kata pepatah – ”yang muda disayangi, yang tua dikasihi”.

Saudara dan saudari sekalian,

6.         Sebagai pewaris yang akan menentukan hala tuju masa depan Negara, para belia haruslah bersiap sedia dari segi ketahanan fizikal dan mental, dan berjuang demi mempertahankan kedaulatannya. Saudara saudari juga perlu mempunyai jati diri serta keutuhan agama demi menjaga keperibadian diri, masyarakat dan negara.

7.         Kita semua sedia maklum apa yang telah terjadi pada pilihanraya umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Akibatnya beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan parti pembangkang. Dan saudara-saudari sendiri sedar setakat manakah pembangunan yang telah mereka bawa ke negeri-negeri ini sejak mereka mengambil alih. Saya pasti saudara-saudari yang juga mewakili setiap parlimen diseluruh negara, adalah lebih memahami situasi ini.

8.         Saya berharap agar perhimpunan agung ini dapat menyatukan para belia disemua peringkat dan menggembleng tenaga demi menjaga keamanan dan kesejahteraan yang kita miliki sekarang. Ketahuilah bahawa saudara-saudari adalah generasi pewaris kepada kepimpinan negara pada masa akan datang. Apa yang paling penting adalah kerjasama daripada semua pihak dan berpeganglah kepada prinsip-prinsip rukunegara dan pertahankanlah agama islam sebagai agama rasmi di negara tanahair yang tercinta ini.

Saudara-saudari sekalian,

9.  Sebelum saya mengakhiri ucapan, ingin saya berpesan bahawa apa yang kita miliki pada hari ini tidak akan kekal selamanya. Segala yang kita bina tidak akan kukuh jika kita semua tidak bersatu padu dalam semua bidang kerja yang dilakukan. Bergeraklah secara berkumpulan demi memastikan kejayaan dapat dinikmati bersama. Binalah rangkaian didalam persahabatan 4B ini dengan erat dan kumpulkan anak-anak muda kita. Kukuhkan 4B disemua peringkat, jalankan agenda dan misi nasional. Saya percaya 4B akan menjadi pendokong kuat kepada parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. 

Dengan lafaz bismillah, saya merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kali ke 35 ini.  


Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.