Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media kerana membangkitkan soal meghadkan bilangan wartawan serta bilangan media yang akan dibenarkan membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb Mei ini.
Walaupun arahan ini bukan datangnya daripada saya ataupun pejabat saya, adalah menjadi tugas saya untuk menjelaskan mengapa cadangan berkenaan dibuat oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
Sebab utama arahan itu dikeluarkan ialah kemampuan bilik media DUN untuk menampungi jumlah wartawan bagi memastikan keselesaan semasa membuat liputan. Ini adalah disebabkan jumlah yang akan menghadiri kali ini di luar jangkaan.
Bagaimanapun atas nama “kebebasan media” saya telah pun meminta Jabatan Penerangan untuk membenarkan semua media arus perdana termasuk akhbar-akhbar Cina dan Tamil untuk dibenarkan membuat liputan. Ini juga termasuk sesetengah media baru (new media) termasuk rakan-rakan bloggers.
Saya percaya kepada kebebasan media dan adalah tidak adil untuk menghalang mana-mana media arus perdana termasuk akhbar Harian Metro dan Kosmo! untuk membuat liputan.
Bagaimanapun, kebebasan media tidak harus disalah-ertikan sebagai satu “kuasa” untuk membuat pemberitaan palsu, fitnah dan spekulasi yang tidak bertanggungjawab.
Kebebasan mutlak akan mewujudkan anarki.
Thomas Jefferson, presiden Amerika Syarikat yang ketiga, yang turut dianggap sebagai pejuang awal kebebasan media, mengingatkan tentang kebebasan media yang keterlaluan. Dalam suratnya kepada George Washington pada tahun 1792, beliau menulis : No government ought to be without censors and where the press is free, no one ever will. (Tiada kerajaan yang sepatutnya tanpa penapisan dan di mana media bebas, tiada rakyat yang akan merasai kebebasan)
Kerajaan Barisan Nasional Perak misalnya menerima hentaman negatif yang tidak adil sejak Februari lepas. Atas nama kebebasan media (yang mutlak?) berita yang berat sebelah, penulisan berunsur fitnah serta tidak beradab telah dibuat terhadap diri saya dan juga kerajaan negeri.
Bagaimanapun bukan semua media yang bersikap demikian, hanya segelintir termasuk beberapa media baru yang dirasakan tidak bersikap adil terhadap kerajaan negeri Perak. Namun saya tidak mengarah agar akhbar mereka dipulaukan oleh kerajaan negeri.
Beberapa rakan menasihatkan saya supaya tidak melayan media-media ini. Tetapi, sebagai seorang pemimpin saya harus berdepan dengan mereka ini untuk cuba menjelaskan keadaan. Saya secara terbuka memberikan ruang kepada mereka termasuk kelompok media baru seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini untuk menemu bual saya.
Mungkin sikap saya yang terbuka menjadikan saya sasaran utama bagi sesetengah media ini.
Di sebalik itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada media-media yang memberikan saya ruang untuk menjawab pelbagai tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan. Kepada semua media saya ucapkan selamat membuat liputan DUN Perak pada 7hb Mei ini.
Harapan saya agar memberikan saya serta kerajaan Negeri ruang untuk membuktikan keupayaan kami mempertahankan hak rakyat serta membangunkan negeri Perak yang tercinta. Barang dijauhkan apa-apa jua cubaan yang dilakukan oleh mereka yang sedang membakar sentimen rakyat yang tidak berdosa bagi memenuhi kegilaan kuasa mereka.
Salam perjuangan.